Tuesday, 24 July 2012

Penting mengambil zat besi tambahan semasa hamil dan berpuasa



Lazimnya, ibu hamil dibekalkan zat besi setelah disahkan hamil oleh doktor.  Ia amat disarankan selepas minggu ke-12 atau pada bulan ketiga kehamilan. Zat besi tambahan membantu mencegah kekurangan zat besi atau anemia yang sering berlaku semasa kehamilan. Maklumat mengenai anemia DI SINI.

Ibu hamil perlu mengambil zat besi tambahan pada bulan Ramadan, tetapi mereka boleh mengambilnya selepas berbuka. Kebanyakan wanita mengalami sembelit apabila mengambil pil ini. Oleh itu, minumlah banyak air (ADAB MINUM RASULULLAH) dan buah-buahan yang kaya dengan serat untuk mengelakkan sembelit. 

Selain itu, pastikan anda makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti:daging; ayam;ikan yang berminyak (salmon, tuna, sardin dan makarel); sayur-sayuran berdaun hijau; dan, buah-buahan kering. Vitamin C pula meningkatkan penyerapan zat besi, oleh itu makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran.(Zat besi dari klinik selalunya tidak disertakan dengan vitamin C) Dan jangan lupa minum jus buah-buahan segar. 

Sekiranya ibu-ibu merasakan sukar untuk mendapatkan makanan yang segar, anda disarankan mengambil Vitamin C dan Multivitamin (zat besi) Shaklee.

Wallahua'lam.


Saya boleh dihubungi melalui:

CALL/SMS: 019-911 0876

Email         : ajlaahashim@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Milkyummy 2013 | All rights reserved | Blog Design by Krafty Palette.