Friday, 13 July 2012

Ketahui teknik HEBAT meningkatkan pengeluaran ASI

Assalamualaikum to all fabs breastfeeding mom out there :) 

Beberapa minggu yang lepas, seorang ibu bertanyakan kepada saya cara untuk membuat power pumping. Jadi, di kesempatan ini saya mencuri sedikit masa untuk berkongsi ilmu dengan ibu-ibu semua. Here we go :) 

Apa itu power pumping?
Ia adalah teknik yang sangat berguna buat ibu-ibu yang ingin menghasilkan stok EBM dan merangsang payudara anda supaya menghasilkan lebih banyak susu. 

Bagaimana caranya?

>>DOUBLE ELECTRIC PUMP>>
  • Pam kedua-dua belah payudara selama 10 minit.
  • Rehat selama sepuluh minit.
  • Ulang 10 minit pam, 10 minit rehat selama 1 jam.
>>SINGLE ELECTRIC/MANUAL PAM>>
  • Pam payudara kanan selama 10 minit.
  • Kemudian pam payudara kiri selama 10 minit.
  • Ulang pam kanan 10 minit, kiri 10 minit selama 1 jam.
*Sekiranya anda tidak mempunyai pam, anda boleh memerah dengan hanya menggunakan tangan. Caranya masih sama, 10 minit kanan kemudian 10 minit kiri. Ulang selama 1 jam.


cara perahan yang betul
Bila saya perlu lakukannya?
Masa yang terbaik adalah sepertiga malam. Dari pukul 3 pagi sehingga menjelang pagi. Pada waktu ini, hormon yang menghasilkan susu adalah sangat aktif. Rata-rata ibu mengamalkan power pumping setiap hujung minggu. 

**Jangan ibu berputus asa sekiranya hasil perahan hanya sedikit sahaja. Teknik ini akan membuahkan hasil sekiranya ibu mengamalkannya secara berterusan dan tidak berputus asa. 


Sekiranya anda telah pun mencuba dan ia berhasil, kongsikan ia di sini :) 

Wallahulam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Milkyummy 2013 | All rights reserved | Blog Design by Krafty Palette.