Monday, 30 July 2012

Supplement tak memberi kesan????

Saya ingin berkongsi hasil perkongsian oleh salah seorang dari sifu saya. Ia sangat bermanfaat buat mereka yang mengamalkan supplement. 

KENAPA TIADA KESAN SELEPAS MENGAMALKAN SUPPLEMENT?
========================================
Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh
.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa
.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.
Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

TIPS UNTUK IBU MENYUSU
=================
Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!

Apa-apa pun makanlah dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan. Sila hubungi saya jika anda inginkan jadual panduan makan dan bagi ibu menyusu panduan pengambilan vitamin yang betul untuk mempercepatkan penghasilan susu ibu.

Credit: Norita Idris

Friday, 27 July 2012

Ketahui rahsia kekal segar berpuasa

Alhamdulillah, genap seminggu sudah kita berpuasa. Badan mula rasa ringan dan lebih sihat. Sepanjang berpuasa ni, saya HANYa bersahur dengan Energizing Soy Protein dan Perfomance Drink yang dikisar bersama oat,susu segar dan kurma. Saya tetap menyusu dan pam si manja saya seperti biasa dan alhamdulillah, bekalan EBM saya seperti biasa. 


Rasanya pun sedappppp sangat :) 

Sepintas lalu mengenai:

ESP
  • sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak.
  • bebas kolesterol
  • kaya dengan asid amino penting
  • mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya
  • membantu mengekalkan kepejalan otot
  • glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolesterol normal dan menggalakkan kesihatan jangun dan prostat
  • NON GMO
PERFOMANCE DRINK


  • menghidrat lebih cepat berbanding air dan membekalkan tenaga untuk kegiatan harian
  • OptiCarb: pilihan ekslusif untuk tenaga yang berpanjangan.
  • membekalkan tenaga dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan.
  • terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.  
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk ini, saya boleh 
dihubungi melalui:

CALL/SMS: 019-911 0876

Email         : ajlaahashim@gmail.com

Thursday, 26 July 2012

Sakit tulang selama 20 tahun beransur pulih dalam SEMINGGU



Semakin usia kita bertambah, semakin banyak penyakit yang datang menjengah. Sakit-sakit tulang adalah diantaranya. Mungkin ramai yang merasakan ini adalah perkara biasa, namun, ia tidak harus di pandang ringan tanpa dicegah mahupun dirawat.  

Menurut Dr Hyzan , di kalangan orang tua ia berpunca daripada lapisan kartilaj (pelindung pada permukaan tulang yang berfungsi sebagai pelincir yang mengurangkan geseran tulang) yang rosak akibat kegiatan lasak dan menyebabkan geseran setiap kali bergerak.



Bagi Puan Roslina pula, ibu mertua beliau yang telah menanggung sakit lutut selama 20 tahun beransur pulih setelah mengamalkan Shaklee Joint Health Tablet selama SEMINGGU! Alhamdulillah, semoga kesihatan bonda beliau semakin bertambah. Klik SINI untuk lebih maklumat mengenai Shaklee Joint Health Tablet. 



CALL/SMS: 019-911 0876

Email         : ajlaahashim@gmail.com

Wednesday, 25 July 2012

Si manja berpuasa penuh dan kekal aktif dengan Meal Shake dan Perfomance Drink!

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, sudah pasti ramai ibu2 yang berusaha mendidik anak masing2 dengan ibadah puasa. Barangkali menjadi kebiasaan bagi ibu2 mendengar rengekan anak2 mengadu lapar dan mahu berbuka awal dari waktu yang ditetapkan. 

Berbeza dengan Puan Mai, beliau memberikan makanan tambahan kepada anaknya yang baru mahu belajar bersahur dan hasilnya amat memeberansangkan. Jemput baca testimoni beliau:

 
Setelah bersahur dengan makanan yang disediakan, Puan Mai turut menjamu anaknya dengan freshmilk+milkshake+kurma yang di kisar bersama. Anaknya berjaya puasa penuh bahkan sangat aktif! Manakala sewaktu berbuka Puan Mai berikan Perfomance drink dan Mealshake. :)

Semoga ibu bapa diluar sana tidak lagi gusar memikirkan cara mendidik anak berpuasa di usia muda. 

Wallahua'lam.

CALL/SMS: 019-911 0876

Email         : ajlaahashim@gmail.com




Tuesday, 24 July 2012

Penting mengambil zat besi tambahan semasa hamil dan berpuasa



Lazimnya, ibu hamil dibekalkan zat besi setelah disahkan hamil oleh doktor.  Ia amat disarankan selepas minggu ke-12 atau pada bulan ketiga kehamilan. Zat besi tambahan membantu mencegah kekurangan zat besi atau anemia yang sering berlaku semasa kehamilan. Maklumat mengenai anemia DI SINI.

Ibu hamil perlu mengambil zat besi tambahan pada bulan Ramadan, tetapi mereka boleh mengambilnya selepas berbuka. Kebanyakan wanita mengalami sembelit apabila mengambil pil ini. Oleh itu, minumlah banyak air (ADAB MINUM RASULULLAH) dan buah-buahan yang kaya dengan serat untuk mengelakkan sembelit. 

Selain itu, pastikan anda makan makanan yang kaya dengan zat besi seperti:daging; ayam;ikan yang berminyak (salmon, tuna, sardin dan makarel); sayur-sayuran berdaun hijau; dan, buah-buahan kering. Vitamin C pula meningkatkan penyerapan zat besi, oleh itu makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran.(Zat besi dari klinik selalunya tidak disertakan dengan vitamin C) Dan jangan lupa minum jus buah-buahan segar. 

Sekiranya ibu-ibu merasakan sukar untuk mendapatkan makanan yang segar, anda disarankan mengambil Vitamin C dan Multivitamin (zat besi) Shaklee.

Wallahua'lam.


Saya boleh dihubungi melalui:

CALL/SMS: 019-911 0876

Email         : ajlaahashim@gmail.com

Monday, 23 July 2012

Masalah jerawat semakin berkurangan, kulit semakin cerah dan sihat!

sekadar gambar hiasan

Setiap wanita mengimpikan kulit wajah yang sihat dan segar. Lantaran dari itu berbagai2 kaedah yang digunakan bagi mencapai matlamat. Saya secara peribadi mempunyai masalah kulit yang agak teruk. Tetapi lately ramai yang menegur kulit saya semakin cerah, merah seolah2 memakai blusher. Jerawat pun sudah berkurangan, tidak seperti dahulu. Apa yang saya amalkan ya?

Disamping mencuci wajah, saya juga mengamalkan supleement Shaklee B-complex, Vit C dan Vit E. Tidak ketinggalan ESP juga :) 


Vitamin B- Complex
  • bergabung dengan karbohidrat, lemak dn metabolisma untuk membakalkan tenaga yang penting dalam proses pengeluaran kolagen di dalam tubuh.
  • bertindak sebagai penenang atau anti-stress
  • mengatasi kulit kering

Vitamin C
  • menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit
  • meningkatkan imuniti menentang bakteria penyebab jerawat
Vitamin E Complex
  • menentang radikal bebas yang merosakkan
  • dilengkapi selenium
  • anti penuaan,membantu menghilangkan parut

Alhamdulillah, saya tidak lagi rasa rendah diri kerana kulit yang bermasalah. Adakah anda juga seperti saya? Hubungi saya untuk info :)

CALL/SMS: 019-911 0876

Email         : ajlaahashim@gmail.com



Friday, 20 July 2012

Wordless Friday: Brestfeeding positions

lying down

football hold


cradle position

cross cradle 



CALL/SMS: 019-911 0876

Email         : ajlaahashim@gmail.com



Thursday, 19 July 2012

Garam bawa mudarat dalam makanan bayi??

 Rata-rata ibu bapa di luar sana sedia maklum, bayi yang berumur 6 bulan dan keatas sudah boleh di beri "solid food" seperti bubur dan bijirin. Tidak kurang juga ibu-ibu yang lebih gemarkan home made solid food berbanding instant baby food yang banyak dijual di pasaraya kini. 





Bercerita mengenai garam, ibu-ibu mungkin merasakan jumlah garam yang ditambahkan di dalam makanan bayi mereka hanya sedikit sahaja dan tidak merbahaya. HAKIKATNYA, ia boleh membahayakan bahkan TIDAK WAJAR di campurkan. 


Apakah kesan garam terhadap bayi anda?


Selepas badan anda telah mengambil apa yang diperlukan daripada makanan, sisa dihantar ke darah. Jika buah pinggang anda tidak membuang bahan buangan, sisa-sisa ini akan membina di dalam darah dan merosakkan badan anda. Buah pinggang anda mengukur bahan kimia seperti sodium, fosforus dan kalium dan melepaskan mereka kembali ke darah untuk kembali ke badan. Dengan cara ini, buah pinggang anda mengawal tahap badan bahan ini. Keseimbangan yang tepat adalah perlu untuk kehidupan, tetapi tahap berlebihan boleh memudaratkan.




Bayi anda mempunyai satu sistem yang rapuh dan buah pinggang adalah salah satu yang paling rapuh. Buah pinggang bayi tidak dapat memproses jumlah garam ditambah yang tinggi. Garam terlalu banyak dari sumber-sumber lain daripada makanan semula jadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, susu ibu dan / atau formula boleh merosakkan buah pinggang bayi dan mungkin juga menyebabkan kerosakan otak.


Lagi maklumat mengenai buah pinggang DI SINI
  
Wallahua'lam



CALL/SMS: 019-911 0876

Email         : ajlaahashim@gmail.com


Wednesday, 18 July 2012

Susu kekal meriah walaupun period dengan Set 3M

Ramai ibu-ibu yang melatah apabila susu mereka kurang setiap kali datang bulan ( menstruation) seterusnya membuat kesimpulan, susu mereka tidak cukup dan SUSU FORMULA adalah penyelesaiannya. Cepat benar mengalah!

Saya menyusukan bayi saya. Kenapa saya masih period?

Ada kalanya ibu-ibu masih period kerana perkara di bawah:
  • Kurang pam/menyusukan (3-4 jam sekali)
    • sekiranya ibu kurang menyusukan/pam (mengosongkan payudara) ia akan menghantar signal ke otak bahawa "Masih ada susu lagi,CUKUP, jangan hasilkan lagi".
    • Ini akan mengurangkan hormon PROLAKTIN.
    • TETAPI tidak mustahil didatangi period walaupun menyusukan, so don't freak out when you do :) 
Namun begitu, berbeza dengan Puan Shima Samat. Beliau tetap mampu menghasilkan susu yang banyak walaupun dalam keadaan period. 

  
Apakah kandungan Set 3M?
  • Alfalfa
  • B-Complex
  • Vit C
  • Vitalea/multivitamin
  • Ostematrix
  • ESP

Set 3M ini sangat berbaloi ada 2 milk booster iaitu Alfalfa dan ESP. Lagi Testimoni 3M DI SINI.
Antara amalan wajib Puan Shima adalah POWER PUMPING. Klik SINI untuk lebih info mengenai power pumping.

Wallahua'lam.

CALL/SMS: 019-911 0876
Email         : ajlaahashim@gmail.com

Saturday, 14 July 2012

Resdung dan batuk beransur pulih dengan Ostematrix!

Assalamualaikum to all fabs people out there!

" Sayang, abang perasanlah, semenjak makan Ostematrix ni, abang dah tak selsema lagi"

Hari ini saya ingin berkongsikan testimoni dari suami saya sendiri :) Sejak dari awal perkenalan lagi, suami saya kerap diserang selsema dan batuk. Yang peliknya, dua virus ini seakan-akan tiada rehat. Ia berpanjangan. Tiada istilah sembuh. Kadang-kadang, saya mengusik, "Abang ni selsema sepanjang tahun" "Ini resdung" Ujar suami saya.

Selepas saya berkenalan dengan Shaklee, saya cadangkan suami mengambil Ostematrix setiap kali sebelum tidur. Hasilnya, tiada lagi selsema dan batuk. 

Sepintas lalu kandungan Ostematrix:
  • Vitamin D
  • Calcium
  • Magnesium
  • Zinc
  • Copper
  • Manganese
  • Boron

Ostematrix adalah kalsium, apa kaitannya dengan resdung??  
Salah satu punca sinus adalah kurangnya vitamin D di dalam tubuh. (Info DI SINI) Vitamin D di dalam Ostematrix berfungsi untuk membantu penyerapan kalsium ke dalam tubuh manusia. Jadi, secara tak langsung, Ostematrix bukan sahaja meningkatkan kesihatan tulang dan gigi bahkan meningkatkan sistem imunisasi badan manusia.

Wallahua'lam.

CALL/SMS: 019-911 0876
Email         : ajlaahashim@gmail.com

Friday, 13 July 2012

Ketahui teknik HEBAT meningkatkan pengeluaran ASI

Assalamualaikum to all fabs breastfeeding mom out there :) 

Beberapa minggu yang lepas, seorang ibu bertanyakan kepada saya cara untuk membuat power pumping. Jadi, di kesempatan ini saya mencuri sedikit masa untuk berkongsi ilmu dengan ibu-ibu semua. Here we go :) 

Apa itu power pumping?
Ia adalah teknik yang sangat berguna buat ibu-ibu yang ingin menghasilkan stok EBM dan merangsang payudara anda supaya menghasilkan lebih banyak susu. 

Bagaimana caranya?

>>DOUBLE ELECTRIC PUMP>>
  • Pam kedua-dua belah payudara selama 10 minit.
  • Rehat selama sepuluh minit.
  • Ulang 10 minit pam, 10 minit rehat selama 1 jam.
>>SINGLE ELECTRIC/MANUAL PAM>>
  • Pam payudara kanan selama 10 minit.
  • Kemudian pam payudara kiri selama 10 minit.
  • Ulang pam kanan 10 minit, kiri 10 minit selama 1 jam.
*Sekiranya anda tidak mempunyai pam, anda boleh memerah dengan hanya menggunakan tangan. Caranya masih sama, 10 minit kanan kemudian 10 minit kiri. Ulang selama 1 jam.


cara perahan yang betul
Bila saya perlu lakukannya?
Masa yang terbaik adalah sepertiga malam. Dari pukul 3 pagi sehingga menjelang pagi. Pada waktu ini, hormon yang menghasilkan susu adalah sangat aktif. Rata-rata ibu mengamalkan power pumping setiap hujung minggu. 

**Jangan ibu berputus asa sekiranya hasil perahan hanya sedikit sahaja. Teknik ini akan membuahkan hasil sekiranya ibu mengamalkannya secara berterusan dan tidak berputus asa. 


Sekiranya anda telah pun mencuba dan ia berhasil, kongsikan ia di sini :) 

Wallahulam.

Tuesday, 3 July 2012

Tips on raising a smart and curious child

**Feel free to share, like and tag this article with other parents if you think its beneficial**

Sure, your baby is too tiny for school, but he's already an eager learner. Four important steps you can take to encourage his development: 

1. Expose your baby to different environments, activities, and people. Every experience, whether regular (like your daily chores) or new and unfamiliar (like special outings), stimulates your baby's senses and sparks his curiosity. Make an effort to go to a variety of places with your baby and talk to him about what you see, hear, smell, and touch. 

2. Babyproof your home. Good learners are curious. Boost your baby's curiosity by providing him with surroundings in which he can safely explore. Fewer hazards within reach will also reduce your need to interfere by setting limits and saying no. In other words, make your baby's environment inviting but safe.

3. Make the most of your baby's playtime. Provide toys that have a variety of shapes, colors, textures, and sounds. Let him play alone sometimes, and at other times play with him – both types of play exercise his mind in different ways. Try to resist helping your baby with a challenging toy or activity to let him experiment and learn on his own (but lend a hand if he continues to have trouble and starts to get frustrated). End playtime before your baby starts looking away and fussing – these are signs he's becoming overstimulated. 

4. Keep lots of baby-friendly books around the house. Regularly flip through them with your baby, pointing to the pictures and talking about them as you go.

source: babycentre.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Milkyummy 2013 | All rights reserved | Blog Design by Krafty Palette.