Saturday, 9 June 2012

Shaklee tidak halal???

Assalamualaikum, 

Baru-baru ini saya ada terbaca post bertanyakan mengenai status halal Shaklee. Ini merupakan isu yang sebsitif kerana setiap apa yang kita makan, pastinya akan manjadi darah daging. 

Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang / jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang / jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

Barangkali ada yang ragu2 untuk menggunakan produk Shaklee kerana mengandungi bovine gelatin. Check this out;

ISA atau Islamic Services of America merupakan badan yang bertanggungjawab memeriksa status halal produk, macam di Malaysia, JAKIM. 



Selaku pengguna, ketahuilah bahawa, mencari yang halal itu wajib :) Avoid syubhah :) Di sini, suka untuk saya kongsikan bersama perbincangan yang lebih mendalam mengenai hal syubhah. Sila klik sini ya :)  http://lukisanduniaku.wordpress.com/2009/12/02/syubhah-halalkah-makanan-yang-menjadi-darah-daging-kita/

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. 
Wallhua'lam. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Milkyummy 2013 | All rights reserved | Blog Design by Krafty Palette.