Friday, 8 June 2012

Rasa takut buat anak2 lemah!

Assalamualaikum,
Jemput baca hasil perkongsian Puan Lina Karim,

Selalu tak menonton TV bersama dengan anak? Memang saya pernah katakan cuba kurangkan menonton TV. Bukan sahaja mencuri masa kita bersama keluarga malah mencuri masa kita menguruskan selain ia tidak baik untuk anak-anak kita. Tapi andaikata, hendak juga menonton TV, terutama cerita seram yang sukar untuk kita lepaskan kerana intro iklannya yang terlalu selalu diulang-ulang, di siarkan, pastikan menontonnya ketika anak tiada.. contohnya mereka sudah tidur atau pergi keluar bermain. Mengapa cerita seram terlalu banyak dikeluarkan oleh penerbit filem kita? Mudah saja logik jawapannya... kerana sambutannya yang menggalakkan. Peminatnya ramai.. Kalau tiada demand, tiada supply. Kita adalah asas senario di arena perfileman di negara kita sendiri! Menyebabkan orang ramai terutama kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa lebih takutkan hantu dari TUHAN!

Takut pada kanak-kanak ini bukan sahaja datang dari cerita di TV. Kadang-kadang ia datang dari ibubapa itu sendiri. Ada ibubapa yang menakutkan anak sendiri dengan kegelapan, atau apa sahaja yang ditakuti oleh anak seperti lipas, serangga, cicak dan sebagainya. Mungkin niat kita melakukan pada mulanya adalah untuk bergurau dengan anak tetapi penerimaan anak kita pula adalah satu ketakutan dan bukannya gurauan.

Sekadar berkongsi kata-kata dari 'Arb Bin Saad : 
"Anak-anak akan lemah badannya bila diserang rasa takut, penat dan mungkin dihinggapi kebodohan apabila sering ditakut-takutkan. Sikap selalu menakut-nakutkan anak boleh membunuh perasaaan dan jiwanya lalu menyebabkan nilai-nilai murni dalam dirinya mati. Sesiapa yang mati perasaannya, tidak diharapkan daripadanya sebarang kebaikkan. Hidupnya juga tidak akan membuahkan hasil."

(dari 'Arb bin Saad)
Apa kata kita  berhenti menonton filem seram bersama anak dan gantikan masa TV atau masa mahu masuk tidur dengan mereka, kita bercerita tentang kisah kehebatan orang-orang Islam zaman dahulu..


Juga sebaiknya latih anak untuk menghafal ayatul Kursi dan beritahu mereka akan kuasa dan khasiatnya. Jika bila-bila masa mereka takut, latih mereka untuk membacanya sendiri walau dimana mereka berada. Bukan susah untuk menghafalnya. Kedua dua anak saya boleh menghafalnya pada umur 3 tahun lebih dan saya pasti kanak-kanak lain juga boleh menghafalnya jika mereka dilatih.  

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Milkyummy 2013 | All rights reserved | Blog Design by Krafty Palette.