Thursday, 24 May 2012

Yang kanan makanan, yang kiri air? Eh...SALAH TU!

Assalamualaikum semua, pagi!

Saya pernah didatangi oleh beberapa ibu yang dengan yakinnya mengatakan bahawa kita perlu memberikan susu dari kedua-dua payudara kerana yang kanan adalah makanan manakala yang kiri adalah air. Saya tidak menyangkal mitos itu dengan serta merta kerana bimbang mengguris hati mereka. "Dah makan mesti nak minum" Itu adalah hujah tambahan mereka. Ada juga yang berkata, "Kesian anak awak, tak pernah merasa air masak" atau "Awak tak bilas tekak anak dengan air masak ke lepas menyusu". Terpinga-pinga saya mendengarkan mitos-mitos itu.

Ha...sebab itu amatlah penting kita menyediakan diri dengan ilmu keibubapaan secukupnya supaya kita bukan hanya menurut tanpa kata tetapi perlu bersama pengertian. I CHOOSE TO UNDERSTAND NOT TO FOLLOW. 

�Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui.� (Surah Az-Zumar, ayat 9) 

Ibu-ibu sekalian, seandainya anda menyusukan bayi anda, pastikan anda menyusui mereka sehingga payudara anda benar-benar kering. Sekiranya bayi anda kelihatan seperti masih lapar, barulah susui mereka dengan payudara yang sebelah lagi.  

Tahukah ibu-ibu semua, ALLAH telah menciptakan susu ibu itu dengan komposisinya yang melengkapi makanan dan minuman buat khalifah kecil itu? 

Susu ibu terdiri dari dua bahagian. FOREMILK (susu awal) dan HINDMILK (susu akhir). 

Gambar hiasan


FOREMILK

- diperolehi di awal sesi penyusuan (terutamanya apabila payudara ibu penuh/bengkak)
- lebih cair (berupa air)
- kandungan air yang tinggi (menghilangkan dahaga bayi)
- kaya laktosa, protein dan vitamin yang diperlukan oleh bayi anda.

HINDMILK

- diperolehi di akhir penyusuan (selepas foremilk)
- pekat
- kandungan lemak dan kalori yang lebih tinggi
- penting untuk kesihatan dan pertumbuhan bayi

Bayi anda memerlukan kedua-dua susu ini. Jadi ibu perlu susu bayi sehingga ia kering dan barulah berpindah ke payudara yang satu lagi. Seandainya anda menyusui bayi secara ekslusif tetapi berat badan bayi anda tidak naik, sering sakit, kini anda sudah tahu kenapa.  

"Boleh ke bayi minum sebelah sahaja?" 

Payudara ibu hanya akan menghasilkan lebih banyak susu apabila ia kosong. Seandainya bayi anda sudah kenyang hanya dengan menyusui sebelah payudara sahaja, perah/pam yang satu lagi supaya kedua-duanya menghasilkan susu untuk sesi seterusnya. Pam sambil menyusui juga digalakkan, kerana penghasilan susu lebih efektif.  

JANGAN BUANG susu anda kerana menyangka ia basi apabila anda lihat susu yang disejukkan terbahagi kepada dua. Itu adalah kerana susu anda terbahagi lemak dan airnya. Anda boleh menggunakan susu itu dengan swirl botol itu. JANGAN GONCANG SUSU itu. 

Kesimpulannya, jangan berpindah ke payudara satu lagi tanpa mengosongkan payudara ia. OK?

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Wallahua'lam.

Untuk lebih info mengenai produk, sila hubungi saya di 019-911-0876 atau lawati facebook saya Ajlaa Hashim Aljuffy atau lawati page di facebook https://www.facebook.com/Milkyummy. 

1 comment:

  1. Hai..

    Thnx for the sharing.. saya sebelum ni pun ada orang cakap macam ni.. lepas kanan kena kiri sebab kann makanan, kiri minuman.. hihi.. sabar je lah..

    Www.suplemenmakdara.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Milkyummy 2013 | All rights reserved | Blog Design by Krafty Palette.