Thursday, 17 May 2012

Working and breastfeeding. Boleh ke?

Assalamualaikum semua :) 

Ramai ibu-ibu yang menulis bertanyakan saya tentang penyimpanan stok susu dan bagaimana saya merancang menyusukan bayi saya sebelum saya kembali bekerja. Sangatlah teruja nak berkongsi pengalaman saya dengan ibu2 semua. Manalah tahu, hasil perkongsian ini akan melayakkan anda dapat ijazah penyusuan ekslusif selama 6 bulan :))

TAHNIAH!!!
Paling penting dalam menjayakan penyusuan bayi anda, adalah bergaul dengan mereka yang juga komited 100% menyusukan bayi mereka. Kenapa? Mereka inilah yang akan membantu menaikkan motivasi anda serta berkongsi tips2 penyusuan. Cik Peah, Cik Bedah dengan Cik Gayah yang kuat melemahkan semangat tu, jangan kawan. heeee..Jangan mare.

Seawal 3 minggu selepas bersalin, saya mula mengumpulkan stok. Pada asalnya saya menggunakan Spectra 3. Dengan semangat yang ada, saya usung pam tu kesana kemari. Sampaikan kawan2 mengusik, "Ajlaa bawa apa tu berat sangat? Bateri kereta ke?" Kadang2 kena hadir bengkel, nak pump susah. Dengan itu, berbekalkan semangat enchek somi, belilah pump yg baru. Medela freestyle. Agak mahal, tapi itulah pelaburan yg amat memuaskan hati. 
Spectra 3: almost 2 kg ni..


Medela freestyle: sebesar tapak tangan! ringan dan lebih senyap. no more bateri kereta :P 
  • sepanjang office hour dari 8-5, SEKURANG-KURANGNYA 3x pam. (10am, 1pm, 4pm): boleh adjust masa asalkan 3 kali, selang 3-4 jam.
  • kalau sempat 2 kali je, WAJIB direct feed bayi anda sebaik sahaja sampai rumah. ATAU, buat power pumping. (entry akan datang ya :) )
  • bersama bag diatas, saya juga selalu bawa ini bersama:
autumnz storage bag (not reusable)
  • dan permanent marker pen juga. Tuk details atas storage bag. 
Cara menyimpan susu
  • simpan dalam kuantiti yang anak anda selalu minum (kalau selalunya bayi anda minum 3oz, simpan 3 oz shj dlm 1 paket.)
  • tulis tarikh dan waktu (guna susu yang lama dahulu. jgn campur susu yang dibekukan bersama perahan yg baru. susu sejuk dan susu sejuk= OK. sejuk+baru= NO)
  • jgn goncang susu. swirl the bottle. 
  • susu yang dicairkan harus digunakan dlm tempoh 24 jam. TIDAK BOLEH disejuk beku semula. 
  • jangan simpan tertalu penuh (susu yang beku akan memakan ruang yg lebih berbanding dlm bentuk cecair)
Berapa lama susu boleh disimpan
  • suhu bilik: 4-6 hours at 19-26 c.
  • cooler with 3 frozen ice pack: 24 hours at 15 c
  • refrigerator: 3-8 days at 4 c or lower.
  • freezer: 6-12 months at -18 --> -20c
  • susu yg telah dicairkan: guna dlm tempoh 24 jam
Cara mencairkan susu beku
  • letakkan susu yang beku di dalam peti ais selama satu malam. 
  • kalau nak guna segera, lalukan susu yg beku dibawah air suam.
  • setelah dicairkan jgn bekukan semula ya. 
  • never use microwave atau air mendidih. 
untuk maklumat lanjut mengenai produk, sila hubungi saya di 019-911-0876. Konsultasi percuma buat pelanggan saya :) 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Milkyummy 2013 | All rights reserved | Blog Design by Krafty Palette.