Saturday, 26 May 2012

Apa alquran kata tentang susu ibu?

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu! 

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.


Jelas, menyusukan anak merupakan salah satu kewajipan yang telah dicatatkan di dalam alquran. Disamping penekanan kewajipan menyusui bayi selama 2 tahun, ayat di atas turut menyatakan peranan bapa sebagai ketua keluarga. Kenapa ya? 

Oh, bapa, janganlah anda menyerah tugasan menguruskan anak-anak dan rumahtangga bulat-bulat kepada isteri anda. Kasihankan mereka kerana mereka telah membantu meringankan beban anda dengan bekerja sedang menyediakan nafkah keluarga adalah hak anda. Ditambah dengan tidur si ibu yang tidak selena bapa. Si kecil acapkali bangun di tengah malam, mencari ibu di dalam dengkur si bapa. Oleh itu, sangatlah beruntung andainya si bapa dapat membantu isteri dari segala hal. 

Hadis dari Aisyah, riwayat al-Bukhari yang bermaksud: Bahawa Aisyah pernah ditanya, "Apa yang Rasulullah s.a.w. buat ketika berada di rumah?" dan Aisyah menjawab, "Baginda membantu isteri-isteri-nya dalam kerja rumah. Apabila datang waktu solat, baginda keluar (ke masjid) untuk menunaikan solat."
Berdasarkan hadis tersebut, kita dapat melihat bagaimana Rasulullah s.a.w. sendiri turut membantu isteri baginda dalam melakukan kerja-kerja rumah. Ini merupakan contoh yang harus diikuti oleh para suami bagi meringankan beban isteri yang terpaksa dipikul di luar dan di dalam rumah.

Bukan kahwin 4 sahaja tau sunnah nabi saw :) 

Menurut sejarah Islam, para nabi dan rasul juga disusui oleh ibu-ibu mereka, sama ada ibu yang melahirkan, ataupun ibu susuan. Nabi Muhammad saw juga disusui oleh ibunya Siti Aminah dan kemudiannya disusui oleh ibu susuannya Halimah As-Sa’diyyah. Begitu juga Nabi Musa a.s yang dihanyutkan ke Sungai Nil setelah disusui oleh ibunya, dan kemudiannya ditemukan semula oleh Allah swt dengan ibunya. Setelah keluarga Firaun mencari ibu susuan untuk nabi Musa a.s di  seluruh pelusuk negeri, akhirnya bertemu dengan ibu baginda sendiri, tanpa diketahui oleh keluarga Firaun.Kisah ini telah diceritakan di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Qasaas.



Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: "Susukanlah dia dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami"

Wallahua'lam :)) 



































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Milkyummy 2013 | All rights reserved | Blog Design by Krafty Palette.