Wednesday, 23 May 2012

Alfalfa banyakkan susu?

Assalamualaikum,

Sejujurnya, sebelum saya mengenali Shaklee, saya tidak tahu menahu akan kewujudan Alfalfa. Sekarang, saya adalah pengguna tegar Alfalfa Shaklee. Rupa-rupanya, kebaikan Alfalfa sebagai salah satu milk booster turut diiktiraf oleh dunia susu ibu. 

Alfalfa
Alfalfa dikatakan dapat membantu menambahkan penghasilan susu dengan menggalakkan pertumbuhan tisu gladular di sekitar payudara. Daun alfalfa merupakan salah satu herba yang berkhasiat kerana ia mengandungi klorofil, sumber kalsium, magnesium, fosforus, potassium, silikon, zinc dan vitamin A,B1,B2, B3, B5, B6, C,D, E, K dan juga asid amino! 

Daun in mengandungi unsur-unsur estrogen dan anti-fungal. Membantu menambah kesihatan hati, buah pinggang, penghadaman dan menyeimbangkan kandungan gula dalam darah. Secara traditional, alfalfa membantu kelenjar pituitari. Kelenjar inilah yang mengawal hormon susu ibu. Menarik bukan? Saya juga teruja dengan info ini. 

Kandungan mineral daun ini juga seimbang malahan ia mudah diserap oleh badan. Maha suci Allah yang menciptakan setiap sesuatu di atas muka bumi ini. Tidak DIA menjadikan setiap sesuatu itu dengan sia-sia. Pasti ada gunanya. 

Ibu-ibu yang tidak mempunyai masalah penghasilan susu juga boleh mengambil alfalfa sebaga makanan tambahan. Tetapi awas, jangan berlebihan kerana bimbang seandainya anda kurang rajin mengepam/jarang menyusukan akan mengakibatkan bengkak susu. 

Memandangkan setiap apa yang dimakana oleh ibu akan disalurkan kepada bayi, anda disarankan untuk memantau perubahan keatas bayi anda. Seandainya proses penyahtinjaan bayi anda baik-baik saja, go ahead. Sekiranya cirit-birit, kurangkan dos atau anda mungkin mahu to slow down a bit. As for me, Marwa ok saja :) 

Saya sangat berharap agar ibu-ibu di luar sana tidak berputus asa menyusukan bayi anda sendainya susu anda sedikit. Cuba cari punca terlebih dahulu sebelum memperkenalkan bayi anda dengan susu formula. Amin. Checklist di bawah mungkin dapat membantu anda serba sedikit. 
  • tertekan
  • tergesa-gesa
  • penat
  • kurang menyusukan
  • kurang pam
  • kurang meminum air  
  • kedudukan menyusu yang tidak menyelesakan
Selepas mengetahui akan kebaikan alfalfa, saya memastikan diri tidak culas mengambilnya. Untuk memberikan yang terbaik buat anak saya, saya perlu memastikan tubuh badan saya mampu.



Semoga perkongsian in akan memberi seribu manfaat kepada ibu-ibu semua. Untuk maklumat lanjut mengenai Alfalfa, anda boleh hubungi saya di 019-911-0876/ Facebook milkyummy. 

sumber: 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Milkyummy 2013 | All rights reserved | Blog Design by Krafty Palette.