Thursday, 31 May 2012

Fakta saintifik tentang susu ibu..

Assalamualaikum,

Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.
Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.
kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.
“Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.
Manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.
Satu lagi penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.
Untuk mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat berguna bagi anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam Allah ini,ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahun berabat yang lalu.
Menyusu bayi juga baik untuk ibu, antaranya ialah:
- akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. 
- Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:
Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.
Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi.
Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.
creditto:hasnulhadiahmad

Sunday, 27 May 2012

Puasa tetapi masih mampu simpan stok susu? Bagaimana?

Assalamualaikum semua,

Berpuasa merupakan salah satu dari rukun Islam. Kewajipan menunaikan puasa ini dengan terang dan jelas dinyatakan di dalam alquran. 

" Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. " - (Surah Al-Baqarah: 183)

Islam juga memberi kelonggaran kepada mereka yang sakit atau musafir untuk berbuka sekiranya tidak mampu meneruskan dan dituntut keatas mereka supaya menggantikan atau membayar fidyah.

Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. " - (Surah Al-Baqarah: 184)

Kelonggaran juga diberikan kepada ibu hamil juga menyusukan. 

Dari Anas R.A.:
“Rasulullah S.A.W bersabda ‘Sesungguhnya Allah SWT telah mengangkat puasa orang yang bermusafir (bole berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (qasar), dan diangkat puasa(boleh berbuka) orang yang hamil dan menyusukan anaknya‘.”

Sesungguhnya Islam itu indah dan mudah. Sungguhpun diberi kelonggaran, ibu2 harus menggantikan puasa itu. 

Ketahuilah wahai ibu2 semua, tidak Allah meminta kita berpuasa untuk memeberi kemudhatratan kepada kita.  

"Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran’,” Al-baqarah:185

Ramadhan hampir menjelang tiba. Di bulan Rejab ini, mungkin ada ibu2 yang sudah mula menjalani latihan berpuasa dan menyusukan dalam masa yang sama. Beberapa pengguna Shaklee yang juga merupakan ibu yang menyusui bayi mereka berpendapat, berpuasa tidak menjejaskan kuantiti susu yang dihasilkan. 


LovelyBaby merupakan pengguna set Eu-Four pack dan mengamalkan ESP semasa bersahur, berbuka dan sebelum tidur.




Puan Azizah juga mengamalkan ESP setelah 2 hari terlajak sahur. Alhamdulillah, Allah itu pemilik rezeki, susu kembali meriah, badan pun lebih segar. 



Ibu2 ini begitu komited dalam memberikan yang terbaik kepada anak mereka, maka niat yang baik itu diperkenankan.

Set penyusuan Shaklee inshallah boleh membantu tubuh ibu2 dalam menghasilkan susu secara optimum sekaligus menambah nutrisi susu ibu. 

Sila berhubung dengan saya untuk maklumat lanjut mengenai Eu-Four Pack di 019-911-0876 atau lawati facebook saya di https://www.facebook.com/ajlaa.hashim dan page saya https://www.facebook.com/Milkyummy. Setiap pembelian turut disertai konsultasi dan tips2 yang bermanfaat. Sekiranya anda mempunyai kekangan kewangan, hubungi saya untuk cara alternatif atau dapatkan ESP untuk permulaan. 

"Lautan biru terdampar luas, hasilnya pasti akan dapat kita nikmati. Tetapi anda harus punya alatan yang tepat. Pancing? Jala? Bot? Anda pilih." 

Wallahua'lam


Saturday, 26 May 2012

Apa alquran kata tentang susu ibu?

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu! 

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.


Jelas, menyusukan anak merupakan salah satu kewajipan yang telah dicatatkan di dalam alquran. Disamping penekanan kewajipan menyusui bayi selama 2 tahun, ayat di atas turut menyatakan peranan bapa sebagai ketua keluarga. Kenapa ya? 

Oh, bapa, janganlah anda menyerah tugasan menguruskan anak-anak dan rumahtangga bulat-bulat kepada isteri anda. Kasihankan mereka kerana mereka telah membantu meringankan beban anda dengan bekerja sedang menyediakan nafkah keluarga adalah hak anda. Ditambah dengan tidur si ibu yang tidak selena bapa. Si kecil acapkali bangun di tengah malam, mencari ibu di dalam dengkur si bapa. Oleh itu, sangatlah beruntung andainya si bapa dapat membantu isteri dari segala hal. 

Hadis dari Aisyah, riwayat al-Bukhari yang bermaksud: Bahawa Aisyah pernah ditanya, "Apa yang Rasulullah s.a.w. buat ketika berada di rumah?" dan Aisyah menjawab, "Baginda membantu isteri-isteri-nya dalam kerja rumah. Apabila datang waktu solat, baginda keluar (ke masjid) untuk menunaikan solat."
Berdasarkan hadis tersebut, kita dapat melihat bagaimana Rasulullah s.a.w. sendiri turut membantu isteri baginda dalam melakukan kerja-kerja rumah. Ini merupakan contoh yang harus diikuti oleh para suami bagi meringankan beban isteri yang terpaksa dipikul di luar dan di dalam rumah.

Bukan kahwin 4 sahaja tau sunnah nabi saw :) 

Menurut sejarah Islam, para nabi dan rasul juga disusui oleh ibu-ibu mereka, sama ada ibu yang melahirkan, ataupun ibu susuan. Nabi Muhammad saw juga disusui oleh ibunya Siti Aminah dan kemudiannya disusui oleh ibu susuannya Halimah As-Sa’diyyah. Begitu juga Nabi Musa a.s yang dihanyutkan ke Sungai Nil setelah disusui oleh ibunya, dan kemudiannya ditemukan semula oleh Allah swt dengan ibunya. Setelah keluarga Firaun mencari ibu susuan untuk nabi Musa a.s di  seluruh pelusuk negeri, akhirnya bertemu dengan ibu baginda sendiri, tanpa diketahui oleh keluarga Firaun.Kisah ini telah diceritakan di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Qasaas.



Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: "Susukanlah dia dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami"

Wallahua'lam :)) 



































Thursday, 24 May 2012

Yang kanan makanan, yang kiri air? Eh...SALAH TU!

Assalamualaikum semua, pagi!

Saya pernah didatangi oleh beberapa ibu yang dengan yakinnya mengatakan bahawa kita perlu memberikan susu dari kedua-dua payudara kerana yang kanan adalah makanan manakala yang kiri adalah air. Saya tidak menyangkal mitos itu dengan serta merta kerana bimbang mengguris hati mereka. "Dah makan mesti nak minum" Itu adalah hujah tambahan mereka. Ada juga yang berkata, "Kesian anak awak, tak pernah merasa air masak" atau "Awak tak bilas tekak anak dengan air masak ke lepas menyusu". Terpinga-pinga saya mendengarkan mitos-mitos itu.

Ha...sebab itu amatlah penting kita menyediakan diri dengan ilmu keibubapaan secukupnya supaya kita bukan hanya menurut tanpa kata tetapi perlu bersama pengertian. I CHOOSE TO UNDERSTAND NOT TO FOLLOW. 

�Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui.� (Surah Az-Zumar, ayat 9) 

Ibu-ibu sekalian, seandainya anda menyusukan bayi anda, pastikan anda menyusui mereka sehingga payudara anda benar-benar kering. Sekiranya bayi anda kelihatan seperti masih lapar, barulah susui mereka dengan payudara yang sebelah lagi.  

Tahukah ibu-ibu semua, ALLAH telah menciptakan susu ibu itu dengan komposisinya yang melengkapi makanan dan minuman buat khalifah kecil itu? 

Susu ibu terdiri dari dua bahagian. FOREMILK (susu awal) dan HINDMILK (susu akhir). 

Gambar hiasan


FOREMILK

- diperolehi di awal sesi penyusuan (terutamanya apabila payudara ibu penuh/bengkak)
- lebih cair (berupa air)
- kandungan air yang tinggi (menghilangkan dahaga bayi)
- kaya laktosa, protein dan vitamin yang diperlukan oleh bayi anda.

HINDMILK

- diperolehi di akhir penyusuan (selepas foremilk)
- pekat
- kandungan lemak dan kalori yang lebih tinggi
- penting untuk kesihatan dan pertumbuhan bayi

Bayi anda memerlukan kedua-dua susu ini. Jadi ibu perlu susu bayi sehingga ia kering dan barulah berpindah ke payudara yang satu lagi. Seandainya anda menyusui bayi secara ekslusif tetapi berat badan bayi anda tidak naik, sering sakit, kini anda sudah tahu kenapa.  

"Boleh ke bayi minum sebelah sahaja?" 

Payudara ibu hanya akan menghasilkan lebih banyak susu apabila ia kosong. Seandainya bayi anda sudah kenyang hanya dengan menyusui sebelah payudara sahaja, perah/pam yang satu lagi supaya kedua-duanya menghasilkan susu untuk sesi seterusnya. Pam sambil menyusui juga digalakkan, kerana penghasilan susu lebih efektif.  

JANGAN BUANG susu anda kerana menyangka ia basi apabila anda lihat susu yang disejukkan terbahagi kepada dua. Itu adalah kerana susu anda terbahagi lemak dan airnya. Anda boleh menggunakan susu itu dengan swirl botol itu. JANGAN GONCANG SUSU itu. 

Kesimpulannya, jangan berpindah ke payudara satu lagi tanpa mengosongkan payudara ia. OK?

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Wallahua'lam.

Untuk lebih info mengenai produk, sila hubungi saya di 019-911-0876 atau lawati facebook saya Ajlaa Hashim Aljuffy atau lawati page di facebook https://www.facebook.com/Milkyummy. 

Wednesday, 23 May 2012

Alfalfa banyakkan susu?

Assalamualaikum,

Sejujurnya, sebelum saya mengenali Shaklee, saya tidak tahu menahu akan kewujudan Alfalfa. Sekarang, saya adalah pengguna tegar Alfalfa Shaklee. Rupa-rupanya, kebaikan Alfalfa sebagai salah satu milk booster turut diiktiraf oleh dunia susu ibu. 

Alfalfa
Alfalfa dikatakan dapat membantu menambahkan penghasilan susu dengan menggalakkan pertumbuhan tisu gladular di sekitar payudara. Daun alfalfa merupakan salah satu herba yang berkhasiat kerana ia mengandungi klorofil, sumber kalsium, magnesium, fosforus, potassium, silikon, zinc dan vitamin A,B1,B2, B3, B5, B6, C,D, E, K dan juga asid amino! 

Sunday, 20 May 2012

Kenapa Shaklee Energizing Soy Protein (ESP) HOT SELLER kami?



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahukah anda protein merupakan sumber utama dalam pembentukan sel badan manusia? Ini bermakna, seluruh tubuh kita terbentuk dari protein. Protein berfungsi mengekalkan, membina dan menggantikan tisu badan manusia. Besar peranan protein ni! Kita boleh mendapatkan sumber protein dari makanan harian yang saya sebutkan di bawah:

-         Ayam
-          Daging
-          Telur
-          Kekacang

Bagaimanakah anda ingin memastikan bahawa anda mendapat  9 asid amino yang di perlukan oleh tubuh anda walhal ia tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia? Jawapannya, anda perlu dapatkan kesembilan asid amino ini dari makanan harian anda.  

The Essential Amino Acids
Histidine
Isoleucine
Leucine
Lysine
Methionine (and/or cysteine)
Phenylalanine (and/or tyrosine)
Threonine
Tryptophan
Valine

Barangkali ada yang mencemuh, “Alah, buat apa ambil supplement ni. Makan daging dengan ayam pun, protein juga”.  Benar, tetapi bagaimanakah dapat anda pastikan bahawa struktur protein itu tidak berubah setelah di masak dengan suhu yang tinggi? Penghujungnya, anda bukan sahaja memakan protein yang telah berubah strukturnya bahkan bersama-sama lemak.
Lagi maklumat mengenai protein:
Proteins are sometimes described as long necklaces with differently shaped beads. Each bead is a small amino acid. These amino acids can join together to make thousands of different proteins. Scientists have found many different amino acids in protein, but 22 of them are very important to human health. Of those 22 amino acids, your body can make 13 of them without you ever thinking about it. Your body can't make the other nine amino acids, but you can get them by eating protein-rich foods. They are called essential amino acids because it's essential that you get them from the foods you eat. Source:kidshealth
Soya membahayakan? Protein kami adalah Non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik). Ia dari tumbuhan yang memastikan kacang soya kami bebas dari berubah secara genetik. Makanya, ia bersesuaian dengan sesiapa sahaja, bahkan lelaki!
  
Semoga perkongsian ini membuka mata dan menambahkan lagi pengetahuan kita mengenai protein J
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya di 019-911-0876(Ajlaa).

  

Saturday, 19 May 2012

Jom pilih set penyusuan!

Assalamualaikum..Tahniah ibu2..Beradanya anda di page saya membuktikan bahawa anda telah tahu akan kepentingan dan kebaikan pengambilan vitamin tambahan. 

Set penyusuan yang mana ya untuk anda? Jom pilih~~

Set 3M*


Mengandungi Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP.

Saya merupakan salah satu pengguna set ini. Hot item kami! Siapa yang disarankan mendapatkan set ini?

1. Ibu kepada bayi kembar

2. Ibu yang ingin melakukan induce lactation atau yang mahu menyambung semula penyusuan yang terhenti @ relaktasi.

3. Ibu yang nak kumpul stok.

4. Ibu yang mempunyai masalah berat badan anak tidak meningkat tetapi berat badan ibu makin bertambah.

5. Ibu yang mempunyai masalah hasil perahan lambat atau kurang 1oz digalakkan ikhtiar set ini.

Set E*











Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa & Ostematrix 

Siapa yang sesuai ambil?

1. Ibu yang sering keletihan melampau.

2. Ibu yang alah dengan susu lembu.

3. Ibu yang ada masalah kekurangan kalsium.

4. Ibu yang stress dengan kerja seharian.

Set B*

Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C & Alfalfa



Siapa yang perlukannya?

1. Ibu yang tiada masalah penyusuan. Bermakna setiap kali pam/ perah hasilnya melebihi 3oz.

2. Ibu yang mahu memperkayakan nutrisi susuibu.

3. Ibu yang sihat dan mahu kekalkan kesihatan.


Set Eu Four Pack*







Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C & Ostematrix.

1. Ibu yang mengandung dan mampu meneruskan penyusuan susuibu.

2. Ibu yang keletihan.

3. Ibu yang anaknya mempunyai yang alah pada herba.

4. Ibu yang sering mengalami masalah sakit belakang dan cramp.

Setiap set mempunyai aturan makan yang berbeza. Maka kami menyediakan konsultasi untuk pengambilan makan dan panduan jadual pam bagi memudahkan ibu ibu.

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Anda beli, saya hantar. Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk dari saya sahaja.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui 019-911-0876 @ Ajlaa

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

creditto: ibuaddinnasa

Friday, 18 May 2012

Set 1 (Set B)




Set 1  - Set B


  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa
more info at 019-911-0876. Konsultasi percuma bersama pembelian :) 

Thursday, 17 May 2012

Working and breastfeeding. Boleh ke?

Assalamualaikum semua :) 

Ramai ibu-ibu yang menulis bertanyakan saya tentang penyimpanan stok susu dan bagaimana saya merancang menyusukan bayi saya sebelum saya kembali bekerja. Sangatlah teruja nak berkongsi pengalaman saya dengan ibu2 semua. Manalah tahu, hasil perkongsian ini akan melayakkan anda dapat ijazah penyusuan ekslusif selama 6 bulan :))

TAHNIAH!!!
Paling penting dalam menjayakan penyusuan bayi anda, adalah bergaul dengan mereka yang juga komited 100% menyusukan bayi mereka. Kenapa? Mereka inilah yang akan membantu menaikkan motivasi anda serta berkongsi tips2 penyusuan. Cik Peah, Cik Bedah dengan Cik Gayah yang kuat melemahkan semangat tu, jangan kawan. heeee..Jangan mare.

Seawal 3 minggu selepas bersalin, saya mula mengumpulkan stok. Pada asalnya saya menggunakan Spectra 3. Dengan semangat yang ada, saya usung pam tu kesana kemari. Sampaikan kawan2 mengusik, "Ajlaa bawa apa tu berat sangat? Bateri kereta ke?" Kadang2 kena hadir bengkel, nak pump susah. Dengan itu, berbekalkan semangat enchek somi, belilah pump yg baru. Medela freestyle. Agak mahal, tapi itulah pelaburan yg amat memuaskan hati. 
Spectra 3: almost 2 kg ni..


Medela freestyle: sebesar tapak tangan! ringan dan lebih senyap. no more bateri kereta :P 
  • sepanjang office hour dari 8-5, SEKURANG-KURANGNYA 3x pam. (10am, 1pm, 4pm): boleh adjust masa asalkan 3 kali, selang 3-4 jam.
  • kalau sempat 2 kali je, WAJIB direct feed bayi anda sebaik sahaja sampai rumah. ATAU, buat power pumping. (entry akan datang ya :) )
  • bersama bag diatas, saya juga selalu bawa ini bersama:
autumnz storage bag (not reusable)
  • dan permanent marker pen juga. Tuk details atas storage bag. 
Cara menyimpan susu
  • simpan dalam kuantiti yang anak anda selalu minum (kalau selalunya bayi anda minum 3oz, simpan 3 oz shj dlm 1 paket.)
  • tulis tarikh dan waktu (guna susu yang lama dahulu. jgn campur susu yang dibekukan bersama perahan yg baru. susu sejuk dan susu sejuk= OK. sejuk+baru= NO)
  • jgn goncang susu. swirl the bottle. 
  • susu yang dicairkan harus digunakan dlm tempoh 24 jam. TIDAK BOLEH disejuk beku semula. 
  • jangan simpan tertalu penuh (susu yang beku akan memakan ruang yg lebih berbanding dlm bentuk cecair)
Berapa lama susu boleh disimpan
  • suhu bilik: 4-6 hours at 19-26 c.
  • cooler with 3 frozen ice pack: 24 hours at 15 c
  • refrigerator: 3-8 days at 4 c or lower.
  • freezer: 6-12 months at -18 --> -20c
  • susu yg telah dicairkan: guna dlm tempoh 24 jam
Cara mencairkan susu beku
  • letakkan susu yang beku di dalam peti ais selama satu malam. 
  • kalau nak guna segera, lalukan susu yg beku dibawah air suam.
  • setelah dicairkan jgn bekukan semula ya. 
  • never use microwave atau air mendidih. 
untuk maklumat lanjut mengenai produk, sila hubungi saya di 019-911-0876. Konsultasi percuma buat pelanggan saya :) 

Wednesday, 16 May 2012

16 Mei: Selamat Hari Guru

Assalamualaikum..
Menjadi ibu bukan mudah. Ibu juga guru. Bahkan guru yang pertama. Mahu contoh? Semestinya Rasulullah. Bersempena Hari Guru ini, saya mahu kongsikan ini bersama anda semua. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Wallahua'lam. 

creditto:fitrahislami  

Islam menganjurkan umatnya agar sentiasa berusaha mencari ilmu pengetahuan di samping berusaha untuk mempertingkatkan kemahiran dan penguasaan diri dalam pelbagai bidang. Ilmu pengetahuan merupakan kunci kepada kebahagiaan hidup manusia di dunia, kerana tanpa ilmu kemungkinan kita pada hari ini masih lagi berada dalam kemunduran dan kemiskinan. OIeh itu, jelaslah kepada kita bahawa ketinggian ilmu pengetahuan merupakan ukuran yang sangat penting dalam membezakan antara baik dan buruk, kaya dan miskin, maju dan mundur bagi sesuatu bangsa dan negara.

Para guru dan pendidik sebagai golongan yang teramat penting dalam pembangunan dan perubahan umat sejagat. Guru diumpamakan orang-orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan sama ada di daratan atau pun di lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuannya.

Tanggal 16 Mei setiap tahun, adalah tarikh Sambutan Hari Guru di negara kita. Warga Guru dirai, dihargai dan dikenang jasa mereka. Sebagai guru mereka telah mendidik anak bangsa menjadi insan berguna. Mereka adalah insan yang sungguh mulia, yang telah diamanahkan untuk menyampaikan ilmu dan memurtabatkan ummah. Peranan mereka amat penting, bukan sahaja menyampaikan pengetahuan fadhu ain atau fadhu kifayah, tetapi memastikan akidah kita mantap, iman kita bertambah dan jauh dari kesesatan. Malah guru wajar menjadikan Rasulullah sebagai pendidik yang terbaik.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Al-Jumuah ayat 2:
“Dialah yang mengutuskan dalam kalangan orang Arab yang ummiyyin (tidak tahu membaca dan menulis) seorang Rasul (Nabi Muhammad) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya) dan membersihkan mereka (daripada ‘iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah (Al-Quran) dan hikmah (pengetahuan). Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata”.

Menurut kacamata Islam, guru bukan sekadar menjadi mudarris (pendidik), tetapi guru juga sebagai mu’allim (iaitu penyampai yang benar), sebagai murabbi (pengasuh dan pendidik anak-anak dengan kasih sayang), sebagai muaddib (pembentuk adab dan akhlak anak-anak) dan sebagai mursyid (iaitu pembimbing ke arah kebenaran). Warga guru juga harus sentiasa berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan secara berterusan, kerana ilmu itu sangat luas dan perlu diterokai.

Adalah menjadi tanggungjawab kepada semua guru di semua peringkat prasekolah hingga ke universiti secara formal atau pun tidak formal hendaklah bertanya kepada diri sendiri, apakah matlamat sebenar kerjaya perguruan dan setakat manakah kita mampu menyumbang kepada pembangunan insan mengikut acuan Islam?. Kita sedia maklum seperti yang terpapar di dada-dada akhbar dewasa ini, Krisis Keruntuhan Moral di kalangan pelajar telah melibatkan masalah sosial yang serius seperti pelacuran, buang bayi, kes pukul, buli dan sebagainya. Desakan hidup antara yang menjadi faktor terdorongnya para pelajar terlibat dalam aktiviti sosial yang tidak sihat. Selain ibu bapa, peranan guru amat diperlukan dalam menangani masalah ini, kerana guru selaku individu yang paling rapat dengan pelajar semasa di sekolah, untuk memberi bimbingan dan dorongan kepada mereka.

Telah terbukti, bahawa sumbangan dan pengorbanan guru pada hari ini tidak ternilai banyaknya. Saban hari para guru melaksanakan tugasnya tanpa mengenal erti jemu, tidak tentu waktu dan sentiasa sabar menanti kejayaan serta kecemerlangan anak didiknya. Guru sering diumpamakan seperti sebatang lilin, “Membakar diri menerangi orang lain”.

Sesungguhnya guru adalah seorang yang unggul, penting lagi mulia. Tidak akan lahir seorang ‘ulama’ tanpa guru, tidak akan ada seorang doktor tanpa guru, tidak akan ada seorang jurutera tanpa guru, tidak akan ada seorang arkitek tanpa guru, malah tidak akan ada seorang pemimpin berwibawa tanpa guru.

Para pelajar sewajarnya memperbanyakkan muhasabah diri, mengambil peluang, berazam dan berjanji untuk menghargai masa muda mereka. Sentiasa berkomunikasi dengan guru, memanfaatkan sepenuhnya kehadiran mereka untuk mendapatkan didikan dan tunjuk-ajar. Mereka perlu menguasai pelbagai ilmu pengetahuan serta kemahiran di samping membina jati diri bagi menghadapi cabaran mendatang.

Imam Al-Ghazali Rahimahullahu Ta’ala ‘Anhu dalam kitabnya “Ihyai ‘Ulumiddin” menjelaskan dan mengingatkan, supaya kita mengutamakan pendidikan anak-anak dengan mempelajari Al-Quran, Hadith-hadith Nabi, Kisah-kisah Para Solihin, Hukum-hukum agama dan termasuk juga pendidikan jasmani dengan secara berguru bagi mengelakkan kekeliruan serta memastikan ilmu yang diajar dapat difahami dengan sepenuhnya selain ianya menjadi penyumbang kepada perkembangan mental dan syakhsiah anak-anak kita.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah At-Taubah ayat 122:
Maksudnya: “Dan tidaklah sepatutnya bagi orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang). Mengapa tidak, sekelompok daripada tiap-tiap puak (Qabilah) antara mereka memperdalami ilmu agama dan supaya mereka dapat memberi peringatan kepada kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang itu kembali kepada mereka. Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (daripada melakukan larangan Allah)”.
 

Para guru hendaklah sentiasa berazam untuk melengkapkan diri sebagai guru yang cemerlang demi mencapai matlamat yang diharapkan. Sentiasa diberi kekuatan dalam menghadapi sebarang masalah ujian dan dugaan yang semakin hari semakin mencabar. Maka sebagai pendidik haruslah bersabar dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

 Asy-Syahid Hasan Albana berpesan: “Jadilah kamu sebatang pohon, orang melemparmu dengan batu, tetapi kamu menggugurkan buah yang ranum”.

Nukilan isi :-
Khutbah Jumaat 14hb Mei 2010
JAIS

Tuesday, 15 May 2012

Amalan ibu Imam Assyafie ketika menyusukan.


Assalamualaikum,
Semoga ini menjadi amalan kita ya ibu2 :) 

AMALAN IBU IMAM SHAFIE KETIKA MENYUSUKAN BELIAU

1) Menyusukan beliau dalam keadaan berwudhu'

2) Membaca Surah Luqman ayat 16 ketika menyusukan di sebelah kanan

3) Membaca Surah Luqman ayat 17 ketika menyusukan di sebelah kiri

4) Membaca Surah Luqman ayat 18-20 atau zikir ketika bayi sendawa


Berkat amalan ini, Imam Shafie berjaya menghafaz Al-Quran pada umurnya 6 tahun.


Saturday, 12 May 2012

Anak itu anugerah ALLAH: Tips



creditto:suarapesanan

Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk menghirup udara milik DIA. Sabtu yang indah, saya sedang menanti student bersama Marwa yang ketiduran :) Sambil2 tu, ingin saya kongsikan ini buat parents di luar sana :) 

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners.

Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.

Antara tips yang di berikan ;


1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).









2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)








3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)








4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).


5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.


17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.


20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua :) Wallahua'lam~ 
Untuk info mengenai produk, sila hubungi saya di 019-911-0876 :)

Friday, 11 May 2012

Marwa's fever update


Alhamdulillah....Suhu Marwa da semakin menurun..Yang paling penting, reaksi dia sangat memberansangkan. Sikap bayi semasa demam adalah sangat penting. And so far, Marwa masih senang di handle, tak meragam......MINUM SUSU dengan kadar yang normal. Bila dia tidur, saya paksa bangun menyusu..Ubat yang terbaik :))  selera tak berubah. Shafakillah anak ummi~~

Bayi saya demam. Apa nak buat??





Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum readers :) Harini ummi Marwa tak kerja, Marwa demam. Kesian that little pie. Kebetulan,nursery tutup selama seminggu sebab ada HMDF(penyakit kaki tangan dan mulut). Puas cari orang tolong jaga, but sape nak kan? Last minute punye. Ade jumpa sorang makcik ni, tapi tak confident nak jaga. Penyelesaiannya, ummi kena bawak Marwa p office and class.Teruja students tengok cikgu bawa anak p kelas. Sorry all, ummi have to. 

Agaknya Marwa demam sebab kebelakangan ni asyik ke hulu ke hilir dari kelas ke office. Bercampur gaul dengan international students. Agaknye le...

Anyway, anak adalah anugerah dari Ilahi jadi, sebagai ibu bapa kita haruslah menghargai anugerah ini sebaik mungkin. Dalam proses mereka membesar, daya ketahanan masih lagi lemah, jadi ibu bapa jangan ambil mudah dan ringan! Soal kesihatan dan penjagaan, biar ada ilmu! Jangan main tangkap muat+hantam kromok. Jangan dek kerana sikap sambil lewa kita hari ni, menyesal tak sudah seumur hidup.."kenapalah dulu aku tak itu..tak ini...." berat menanggung penyesalan ni tau tak. 

Ok, pulang je dari office semalam, mandikan Marwa, then ummi pulak mandi. Bawak Marwa naik ke bilik atas tuk tidurkan dia. Badan Marwa macam panas. "Aku baru lepas mandi, sejuk, agaknya sebab tulah rasa badan Marwa panas" Monolog sendirian. Jam 12 bangun, badan masih panas. Suhu disukat. 37.4. Demam. Sangat risau. "Don't panic Ajlaa" I have issue with drugging baby :P So, apa yang ummi lakukan tuk turunkan suhu Marwa sementara nak pergi ke klinik?
  • BREAST FEED DENGAN KERAP: antibiotik semulajadi.
  • sponging (Lap dgn kain basah) dengan kadar yang kerap: bahagian pelipat badan. Leher,ketiak,kemaluan. 
  • Buka pakaian bayi (tinggalkan pampers je): biar haba keluar.  
  • lumur badan dengan daun bunga raya: sejukkkk sgt. basuh dan rendam dulu. bimbang miang2 nanti bdn bayi.
  • cek suhu : ada perubahan tak? 
  • LAST SOURCE: kalu suhu masih tak turun, cari doktor, dapat ubat yang insert tu lagi bagus.
Suhu Marwa da turun sikit. 36. Shafakillah ya Marwa. 

*harus diingatkan, seandainya demam bayi tiada stage (terus panas mendadak,takde gear satu) JUMPA DOKTOR DENGAN SEGERA. 

KALAU BAYI SAWAN SEMASA DEMAM?

Dengan kadar segera, RENDAMKAN bayi anda di dalam air. PENTING untuk turunkan suhu bayi dengan SEGERA. 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Wallahua'lam. 

untuk info mengenai produk sila hubungi 019-911-0876. 

Thursday, 10 May 2012

Meal Shakes untuk anak anda!


Dalam kehidupan seharian yang sentiasa aktif dan serba pantas, kanak-kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk menikmati makanan seimbang. Oleh itu, Shaklee Meal Shakes menjadi pilihan terbaik kerana ia merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah glisemik. 

Apakah kebaikan mealshakes?
  • mengandungi 19 vitamin utama dan mineral penting- nutrien asas buat anak-anak yang sedang membesar dan yang diperlukan oleh remaja untuk kekal kuat dan sihat. 
  • sumber serat dan protein yang terbaik. 
  • kaya dengan sumber kalsium.
  • indeks glisemik yang rendah. 
  Jom lihat apa kata ibu2 yang sudah mencuba :) 
*Puan Azrin merasakan berbaloi melabur sedikit wang demi mendapatkan yang terbaik buat anak2. 

* Meal shakes juga membantu menambahkan selera makan anak2. 

* hehe..jangan bagi pada Aqiel..nanti habis!

Ask me how to get this for your kids :) 019-911-0876 @ FB Ajlaa Hashim.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Milkyummy 2013 | All rights reserved | Blog Design by Krafty Palette.