Monday, 30 April 2012

Tips nutrisi buat ibu menyusukan



Hi beautiful people out there :) Sedang berjalan2 di alam maya tadi terjumpa beberapa fakta yang sangat menarik untuk dikongsi bersama. Berkongsi itu tanda sayang :) Okehhhhhh, semenjak bergelar ibu, saya memang mengamalkan vitamin Shaklee supaya badan saya sihat dan cergas. Almaklum, menjadi ibu dan bekerja sepenuh masa bukan perkara yang senang. "Eh,orang dulu2 takde pun makan supplement, kerja kampung lagi, anak selang setahun, sihat walafiat je". Ha, buat yang berfikiran begini, zaman tok2 dan mak2 kita dulu, depa (mereka) tak makan fastfood. Nutrisi makan agak terjaga, tambahan dengan cara hidup.makan yang seimbang. Kita la ni, makan asal kenyang. kadang2 tak sempat pun nak makan dek kerana mengejar dunia. Depa kuat semangat tapi kita ni manja..

Anyway, ibu yang menyusukan memerlukan lebih dari 200 kalori sehari. Banyakkan? Habis tu, macam. Boleh main makan je? Bedal semacam macam saya? :P Jadi, adalah sangat penting kita mendapatkan kalori dari makanan yang berkhasiat. Untuk mengambil makanan yang berkhasiat tanpa menghiraukan godaan makanan segera memerlukan keteguhan hati dan semangat yang sangat tinggi. 

Apakah yang dipelukan oleh ibu menyusukan?

PROTEIN

- Ibu menyusukan sepatutnya menikmati 2-3 hidangan dari sumber protein setiap hari. Satu hidangan bersamaan 3-4 oz daging atau ikan. Sumber protein juga turut terdapat di dalam:
  -makanan laut
  - telur
  -keju
  -susu/yogurt
  -tofu
  -kacang

A note about seafood: The Food and Drug Administration (FDA) recommends that nursing mothers not eat shark, swordfish, king mackerel or tilefish because of their high mercury content.

Kalsium

Ibu menyusukan dicadangkan mengambil 1,300 mg kalsium setiap hari. Pada yang mengambil tablet, boleh lihat label nutrisi pada botol supaya anda tahu berapa mg yang patut/telah anda ambil. Contoh, secawan susu/yogurt mengandungi 300 mg kalsium. Kalsium boleh didapati dari:
  - keju
  - jus oren
  - tofu

Zat Besi

Juga penting buat ibu menyusukan. Sekiranya anda berumur kurang dari 18 tahun, anda sepatutnya mendapatkan 10 mg zat besi sehari. Lebih dari 18 tahun, 9mg setiap hari. Dapatkan dari: 
  - daging
  - makanan laut
  - kacang
  - buah2an yg dikeringkan
  - kuning telur

As mentioned above, it is important not to eat shark, swordfish, king mackerel or tilefish because of their high mercury content.

Vitamin - C

Ibu menyusukan memerlukan vitamin-C lebih banyak berbanding ibu mengandung. 18 tahun ke bawah disarankan mengambil 115 mg setiap hari. 19 tahun keatas, 120 mg setiap hari. Sumber vit-c:  
  - buah2an sitrus
  - brokoli
  - kentang
  - tomato
   - kubis bunga
  - kiwi

Multivitamins/multimineral

Ibu menyusukan perlu mengambil multivitamin yang mengandungi 100% RDA. (recommended dietary allowance). Anda boleh meneruskan vitamin semasa mengandung tetapi, ia lebih tinggi zat besinya. nanti, sembelit. Cuba dulu, kalau ada masalah sembelit, dapatkan vitamin yang mengandungi 100% RDA.   

Cecair

Minum air yang banyak. Lagipun, susu ibu sendiri adalah air, jadi kalau kurang air, macam mana mahu mengasilkan susu yang berkhasiat?  Semenjak menggunakan Shaklee, saya mengamalkan 3litre (minimum) sehari. Paling banyak 5 litre. Memang asyik buang air. Tetapi, hasil dari amalan itu, tumit kaki saya yang merekah sewaktu hamil+berpantang dahulu sudah tiada. Kulit saya lebih lembap :) Cuba ukir garisan di kulit anda dengan menggunakan kuku. Ada garisan putih? Itu tandanya badan anda kering. Saya tiada lagi : )

Last but not least, kebergantungan kita kepada ALLAH. Yang ini, saya tak ada cara khusus, anda mungkin lebih arif :) 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Dengan izin ALLAH :) 

Untuk maklumat, sila hubungi saya di 019-911-0876.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Milkyummy 2013 | All rights reserved | Blog Design by Krafty Palette.