Saturday, 7 April 2012

Asas penyusuan


Hari ini saya ingin berkongsi maklumat yang sangat bermanfaat buat para ibu dan bakal ibu di luar sana.   Kalau ada pun yang sudah tahu, kita mantapkan lagi pengetahuan kita ya? :) Saat pertama kali ibu memegang bayi mereka merupakan masa yang paling sesuai untuk memulakan penyusuan. Untuk permulaan, badan ibu akan menghasilkan susu yang berwarna kuning yang dipanggil COLOSTRUM. Ia sangat2 berguna kerana ia mengelakkan bayi anda dari mendapat sebarang jangkitan. Jangan pula anda buang kerana menyangka susu anda basi. Oh ya, haruslah diingatkan bahawa perut bayi anda masih kecil, jadi sedikit sahaja susu yang diperlukan. (tapi perlu kerap! Terpulang kepada keperluan bayi) Seiring dengan tumbesaran bayi anda, badan anda akan menghasilkan lebih banyak susu. Di awal penyusuan barangkali anda akan sedikit kekok, tetapi jangan putus asa! Sedikit tips buat anda,
  • semasa mahu menyusukan pastikan kedudukan anda dan bayi; dada bertemu dada.
  • cuba acah2 mulut bayi anda sehingga terbuka luas kemudian...sumbat terus!)
  • pegang dengan baik, pastikan anda dan bayi selesa ya?
Rata2 ibu susah hati bila bayi mereka menolak untuk menyusu. Jangan jadikan itu alasan untuk berhenti menyusukan! Penyusuan yang betul menuntut ibu supaya BERSABAR dan BANYAK BERLATIH. Sekiranya anda di hospital, bolehlah meminta bantuan jururawat untuk tunjuk ajar. 

Sekiranya bayi anda adalah bayi pra-matang, mungkin anda tidak dapat menyusukan lagi, tetapi anda boleh mula mengepam. Jadi pastikan anda telah mendapatkan alat yang sepatutnya. 

Haruslah diingatkan penyusuan tidak sepatutnya menyakitkan. Sekiranya anda sakit, cuba periksa kedudukan bayi. Mulut bayi harus meliputi seluruh areola ibu. (puting yang tenggelam@pendek bukan alasan kerana areola yang lebih utama dalam menjana susu ibu!)

Kalau masih sakit, pisahkan dahulu dengan meletakkan jari kelingking anda ke dalam mulut bayi kemudian cuba lagi ya. 

*sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk menjana susu/konsultasi/info/tawaran istimewa hubungi saya di 019-911-0876/ajlaahashim@yahoo.com/fb saya. Maklum balas segera, SMS adalah disarankan :) 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Milkyummy 2013 | All rights reserved | Blog Design by Krafty Palette.