Sunday, 15 April 2012

Apakah kandungan susu ibu?

Akhirnya, tiba jua hari ahad :) bolehlah berehat setelah menempuh seminggu yang penuh dengan aktiviti. Jadi kesempatan yang ada ini ingin saya berkongsi sedikit ilmu untuk disampai2kan kepada ibu mahupun bakal ibu di luar sana. Hari ini saya mahu berkongsi apakah kandungan susu ibu sehingga ia digelar antibodi terbaik?Semenjak bergelar ummi ni, memang saya agak obses dalam bab2 penyusuan. Dalam obsesi tu, saya membaca beberapa artikel mengenai kandungan susu ibu. Barangkali ibu2 yang tidak menyusukan anak mereka kurang ilmu lantaran dari itu dengan mudah menyerah kalah sebelum mencuba sehabis baik dalam menyusukan bayi mereka. The American Academy Pediatrics (AAP) sangat2 menyarankan penyusuan ibu secara ESKLUSIF (tanpa makanan tambahan lain) seharusnya berlangsung sehingga bayi mencecah umur 6 BULAN. Selepas 6 bulan penyusuan perlu diteruskan sekurang-kurangnya sehingga 12 bulan disertakan dengan makanan bayi yang sewajarnya. Itu adalah yang paling optima buat ibu dan bayi. 

Kebaikan susu ibu buat bayi:
  • meningkatkan sistem daya tahan
  • MENGURANGKAN risiko masalah kesihatan kelak (sakit jantung, asma,kencing manis,obesiti)
Kebaikan menyusukan bayi:
  • mempercepatkan pengecutan rahim
  • membantu mengehentikan pendarahan selepas bersalin dengan lebih cepat
  • MENGURANGKAN risiko barah payudara dan rahim
  • cara TERBAIK menghubungkan ibu dan bayi
Tahukah anda, susu ibu merupakan sumber nutrisi yang terbaik buat bayi? Tahukah anda protein yang terkandung di dalam susu ibu lebih mudah di cerna berbanding susu formula dan susu lembu? Tahukah anda kalsium dan zat besi yang terkandung di dalam susu ibu lebih mudah diserap oleh bayi?

Apakah kandungan susu ibu?
PROTEIN
  • susu ibu mengandungi 2 jenis protein. WHEY dan CASEIN. Lebih kurang 60% whey dan 40% casein. Ia menggalakkan dan mempercepatkan penghadaman. Susu formula yang dijual di pasaran mengandungi casein yang lebih tinggi, maka ia akan melambatkan proses penghadaman. Gabungan Whey dan Casein yang sempurna ini menyediakan perlindungan dari jangkitan. 
  • Berikut adalah kandungan protein yang lebih mendalam: 
  1. Lactoferrin : menghalang pertumbuhan bakteria yang menyerap zat besi di dalam sistem penghadaman bayi anda seperti coliforms dan yeast. Mereka ini pencuri ZAT BESI!
  2. Secretory IgA: membantu melindungi bayi dari virus dan bakteria. Juga membantu mencegah E.Coli dan alergi yang lain. immunoglobulin termasuklah IgG dan IgM, yang terkandung di dalam susu ibu boleh melawan bakteria dari luar dan dari dalam badan bayi. Ikan mengandungi banyak protein ini.
  3. Lysozyme: Enzyme yang membantu bayi melawan E.coli dan salmonella. Juga menggalakkan pertumbuhan healthy intestinal flora.
  4. Bifidus: menggalakkan pertumbuhan bakteria sihat lactobacillus. Ia melindungi bayi dengan menhasilkan asid supaya bakteria jahat tidak boleh hidup. 
LEMAK
  • penting untuk pertumbuhan otak bayi
  • sumber utama kalori
  • long chain fatty acids diperlukan bagi perkembangan otak, retina mata dan nervous system.
  • lemak ini dikeluarkan semasa trimester ketiga dan boleh didapati di dalam susu ibu. 
VITAMIN
  • Jumlah dan jenis vitamin yang terkandung di dalam susu ibu bergantung kepada pengambilan ibu. 
KARBOHIDRAT
  • Laktosa merupakan karbohidrat yang utama yang terkandung di dalam susu ibu. 40% dari kalori ini dihasilkan oleh susu ibu. laktosa membantu mengurangkan bakteria pemusnah didalam perut. Ini membantu penyerapan kalsium,phosphorus dan magnesium. 
Hebat bukan?? 

*untuk mendapatkan lebih maklumat bagaimana menggalakkan pengeluaran susu, sila hubungi saya di 019-911-0876 atau add fb saya Ajlaa Hashim.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Milkyummy 2013 | All rights reserved | Blog Design by Krafty Palette.