Monday, 30 April 2012

Tips nutrisi buat ibu menyusukan



Hi beautiful people out there :) Sedang berjalan2 di alam maya tadi terjumpa beberapa fakta yang sangat menarik untuk dikongsi bersama. Berkongsi itu tanda sayang :) Okehhhhhh, semenjak bergelar ibu, saya memang mengamalkan vitamin Shaklee supaya badan saya sihat dan cergas. Almaklum, menjadi ibu dan bekerja sepenuh masa bukan perkara yang senang. "Eh,orang dulu2 takde pun makan supplement, kerja kampung lagi, anak selang setahun, sihat walafiat je". Ha, buat yang berfikiran begini, zaman tok2 dan mak2 kita dulu, depa (mereka) tak makan fastfood. Nutrisi makan agak terjaga, tambahan dengan cara hidup.makan yang seimbang. Kita la ni, makan asal kenyang. kadang2 tak sempat pun nak makan dek kerana mengejar dunia. Depa kuat semangat tapi kita ni manja..

Sunday, 29 April 2012

Breastfeeding: Natural but it is not easy.



creditto:anakkuwiraku.com

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ada beberapa rakan saya pernah bertanya, "kalau dah lama tak menyusukan, masih boleh hasilkan susu lagi ke?". BOLEH..Tapi mesti ada syaratnya..Otai saya ibuaddinnasa kata "relaktasi perlukan semangat dan usaha yang bersungguh dan bukan pada mulut sahaja. Paling utama hati perlu nekad untuk terus berusaha, tiada istilah putus asa dalam diari, kena yakin pada Al Khaliq kerana susuibu itu adalah anugerah rezeki dari NYA."

Asasnya apa yang perlu dilakukan?

Jika ibu itu benar-benar mahu relaktasi, banyakkan membaca, dekatkan diri dengan mereka yang menyusukan anak, yang boleh memberi bantuan dan sokongan mental. Dapatkan restu suami dan sokongannya kerana ini membantu mental si ibu itu kuat dan mampu melawan apa jua tekanan yang bakal dihadapi.

Si ibu itu perlu memastikan tubuh badannya sihat dan mampu meneruskan perjuangan. Jika si ibu itu sakit, mungkin ada banyak cabaran lain yang perlu dihadapinya. Sihat yang dimaksudkan ialah sihat dari segi fizikal dan mental. Persediaan mental sangat sangat penting.

Sebagai permulaan si ibu perlu mengepam setiap 2-3 jam untuk hasilkan stimulasi pada payudara untuk meransang penghasilan susu. Pada malam hari, cuba lakukan power pumping. Lakukan secara berterusan dan yang pasti ia  akan bermula dengan susu setitik dua dan secara perlahan2 akan meningkat...maka di sini kita perlu yakin dan ada sifat kebergantungan pada pencipta kerana rezeki ini datang darinya jua.

Pengisian rohani dengan amalan seperti zikir dan solat sunat hajat sangat digalakkan. Setiap kali pam, mulakan dengan bacaan suci dan dilengkapi dengan alhamdulillah.

Cubalah amalkan doa ini setiap pagi dan petang.






Maksud

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."




Benarkan ada makanan tambahan yang membantu?

Makanan tambahan membantu ibu agar sihat kekal bertenaga, mood yang stabil dan mampu mengawal stress. Namun perlu pastikan tidak terlalu bergantung dengan makanan tambahan kerana asasnya ialah stimulasi pada payudara untuk meransang hormom prolaktin untuk menghasilkan susuibu itu sendiri. Pengambilan vitamin pada dasarnya membantu ibu sihat dan dalaman ibu stabil terutama yang berkaitan dengan emosi untuk penghasilan hormon oksitosin terutama apabila si ibu itu tenang, dapat mengawal tekanan dan dalam keadaan gembira. Jika anda merasakan anda perlukan supplement, dapatkan nasihat dari mereka yang arif tentangnya dan bukan hanya mereka yang tahu berniaga semata-mata.

Benarkah vitamin dan pam sesuatu yang penting dalam penyusuan?

Hakikatnya bergantung pada diri individu itu sendiri. Saya tiada hak untuk mengatakan ianya penting mahupun tidak penting kerana setiap individu mempunyai kekangan yang berbeza. Maka kita perlu tahu kekuatan diri kita dalam setiap keputusan yang bakal kita ambil. Jangan sesekali ikut kawan kerana kekuatan dan kemampuan setiap kita berbeza.

Jika anda seorang yang tidak mempunyai kuasa beli yang tinggi, memadai anda menjaga makanan harian, pastikan kaya dengan protien, kalsium dan vitamin lain. Untuk memerah, boleh gunakan tangan atau nama lainnya marmet. Vitamin dan pam hanya sebagai alat sampingan dalam dunia penyusuan untuk membantu ibu-ibu terus berusaha menjayakan penyusuan. Namun tiada satu jaminan pun dengan vitamin atau pam yang mahal akan mendapatkan hasil susu yang hebat kerana semuanya balik kepada perahan yang konsisten, pemakanan si ibu, keperluan air ibu yang mencukupi, perasaan ibu yang tenang dan kekuatan rohani si ibu.


Last but not least, ingatlah bahawa susuibu itu adalah rezeki. Rezeki yang sangat unik. Namun rezeki ini datangnya dari ALLAH jua. Dekatkan diri padaNYA, nescaya kita kuat dalam melalui apa jua cabaran. cabaran boleh hadir dalam banyak bentuk namun jika mentally prepared, insyaALLAH kita teruskan jua perjuangan demi anak tersayang.

untuk maklumat lanjut sila hubungi saya di 019-911-0876 atau add facebook saya :) 


Sunday, 15 April 2012

Apakah kandungan susu ibu?

Akhirnya, tiba jua hari ahad :) bolehlah berehat setelah menempuh seminggu yang penuh dengan aktiviti. Jadi kesempatan yang ada ini ingin saya berkongsi sedikit ilmu untuk disampai2kan kepada ibu mahupun bakal ibu di luar sana. Hari ini saya mahu berkongsi apakah kandungan susu ibu sehingga ia digelar antibodi terbaik?

Thursday, 12 April 2012

Set A

Baru berkesempatan nak jenguk dan update blog harini. Agak sibuk minggu ni, walaupun student sedang sem break, tapi kena attend workshop. Terkejar2 balik rumah :P Sedih sikit sebab workshop buat di luar office, tergendala proses menuai, sekali je dapat, time lunch. Sampai je rumah terus pump lagi. Mujur tak merajuk, masih mahu hasilkan susu :P hehehe..Anyway, itu bukan tujuan post ni. Nak share kebaikan yang ada dalam Set A. 
Jom lihat apa yang ada di dalam set ini.
Siapa yang patut menggunakan Set A?
  • Sesuai untuk semua lelaki dan wanita yang mementingkan kesihatan menyeluruh (termasuk ibu mengandung, ibu menyusu, warga tua, dan pelajar)
  • Sesuai untuk individu yang cepat letih, lesu dan tidak bermaya
  • Sesuai untuk individu yang kerap demam dan mudah dijangkiti penyakit
  • Sesuai untuk individu yang stress dan mudah mengantuk
  • Sesuai untuk pelajar bagi meningkatkan fokus dan mengelakkan mengantuk serta mudah letih
  • Sangat sesuai untuk individu yang sangat sibuk dan mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang
Sekiranya gaya hidup anda membuatkan anda letih dan tidak bermaya, anda boleh mencuba set A ini. Saya sudah..anda bila lagi? :)

*Hubungi saya untuk maklumat lanjut/khidmat nasihat di 019-911-0876 atau di FB saya Ajlaa Hashim.

Wednesday, 11 April 2012

Menyorok di belakang pintu elak makan??

testimoni puan Azra
Bila baca testimoni diatas, saya senyum sendirian. Terkenang zaman kecil dulu. Ibu saya selalu bercerita, masa saya kecil dahulu, sangat susah makan. Setiap kali makan, mesti nasi putih itu akan berkuahkan air mata saya. Ibu saya terpaksa bertungkus-lumus! Nak makan, mesti kena teman dengan rotan :) 

Monday, 9 April 2012

Hasil perahan berlipat kali ganda dengan set 3M



Hari ini saya ingin berkongsi salah satu set penyusuan yang agak laris dan banyak membantu para ibu dalam menyusukan bayi mereka. Ia adalah set 3M. Mari kita lihat, apakah yang terkandung di dalam set 3M ini.
  • vitamin B-Complex
  • Vitamin C
  • Vitalea
  • Alfalfa
  • Energizing Soy Protein (ESP)
  • Ostematrix (Kalsium)
Siapa yang perlu ambil set ini?
  • Ibu bekerjaya yang ingin menyimpan lebih stok susu
  • Ibu yang baru mula mengumpul stok
  • Ibu yang kurang menghasilkan susu
  • Ibu kepada bayi yang cenderung kepada bottle feed berbanding direct feed
Kenapa Set 3M berkesan?
  • komponen utama susu ibu adalah protein dan kalsium. Protein anda boleh dapati dari ESP manakala kalsium boleh didapati dari Ostematrix.
  • mengandungi vitamin yang membekalkan tenaga buat si ibu. Badan yang letih akan mejejaskan emosi ibu sekaligus menghadkan penghasilan susu.
  • Vitamin B-complex turut membantu mengawal emosi ibu supaya lebih tenang. Bila anda tenang, susu akan lebih mudah terhasil!
  • Alfalfa dan ostematrix juga merupakan milk booster :) 




*untuk khidmat nasihat/tawaran istimewa sila hubungi saya di 019-911-0876 atau lawati fb saya di Ajlaa Hashim. 

Saturday, 7 April 2012

Asas penyusuan


Hari ini saya ingin berkongsi maklumat yang sangat bermanfaat buat para ibu dan bakal ibu di luar sana.   Kalau ada pun yang sudah tahu, kita mantapkan lagi pengetahuan kita ya? :) Saat pertama kali ibu memegang bayi mereka merupakan masa yang paling sesuai untuk memulakan penyusuan. Untuk permulaan, badan ibu akan menghasilkan susu yang berwarna kuning yang dipanggil COLOSTRUM. Ia sangat2 berguna kerana ia mengelakkan bayi anda dari mendapat sebarang jangkitan. Jangan pula anda buang kerana menyangka susu anda basi. Oh ya, haruslah diingatkan bahawa perut bayi anda masih kecil, jadi sedikit sahaja susu yang diperlukan. (tapi perlu kerap! Terpulang kepada keperluan bayi) Seiring dengan tumbesaran bayi anda, badan anda akan menghasilkan lebih banyak susu. 

Friday, 6 April 2012

Alfalfa Complex


Alfalfa Complex
Alfalfa merupakan satu gudang zat. Akar tunjangnya yang mengunjur ke bawah sedalam 6 meter untuk mencari pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil dalam amaun yang banyak melalui proses fotosintesis yang semulajadi.

Vita-Lea® Iron Formula


Vita-Lea® Iron Formula

Multivitamin & Multimineral
Multi yang Hebat
        Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki.  Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

B-Complex


B-Complex
Tenaga, Kesihatan Jantung, Sintesis DNA dan banyak lagi
 
Vitamin B Penting untuk Kesihatan
       Adakah anda mendapat Vitamin B yang mencukupi? Tekanan hidup, alkohol dan ubat-ubat preskripsi berunsurkan dadah berupaya meningkatkan risiko pengurangan Vitamin B di dalam tubuh. Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolisme. Kajian terbaru membuktikan bahawa Vitamin B berupaya meningkatkan penglihatan mata dan sistem pernafasan. Kekurangan Vitamin B boleh menyebabkan prestasi badan merosot dan tidak berfungsi dengan baik.

OsteMatrix™: Sumber Calcium hebat!



OsteMatrix™

Komprehensif, Terbukti Secara Klinikal dan Mudah Ditelan

Membantu Mengurangkan Risiko Osteoporosis***

       Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis.  Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:

  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal*
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf*
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah eradang dan kemurungan.*

OsteMatrix Membekalkan:

  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi.
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
  • Kaplet bersalut yang mudah ditelan

Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet.  Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.

Kalsium sahaja tidak mencukupi

       Negara Amerika Syarikat merupakan kadar tertinggi dalam penggunaan tenusu dan pengambilan kalsium, namun mereka merupakan kadar tertinggi dalam osteoporosis.

       Bayangkan kalsium sebagai batu-bata dalam proses pembinaan tulang-temulang yang kuat dan sihat. Batu-bata ini akan lebih kuat dan lebih seimbang jika digabungkan bersama mortar.  Mortar mengandungi vitamin D, magnesium, boron,  zink, tembaga dan mangan.

       Dengan gabungan nutrisi ini, kalsium mendapat sokongan  yang diperlukan untuk membina tulang yang kuat ketika anda muda serta meminimumkan kereputan tulang ketika anda tua.
Penyerapan Yang Terbukti Secara Klinikal

       Pengambilan hanya dua kaplet OsteMatrix sahaja berupaya menghasilakan peningkatan ketara dari segi statistik dalam paras kalsium darah yang disukat dalam suatu tempoh 12 jam. Bagi membolehkan badan kita menggunakan kalsium untuk membina dan memelihara kekuatan tulang, kalsium perlulah diserap terlebih dahulu.

***Pengambilan kalsium sepanjang hayat juga diet yang seimbang serta senaman yang teratur berupaya mengurangkan risiko osteoporosis.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Sustained Release Vita-CTM 500 mg


Sustained Release Vita-CTM 500 mg


Bekalan Vitamin C secara Semulajadi

       Badan anda berupaya mampu melakukan banyak perkara tetapi ianya tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C. Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara.  Sustained Release Vita-C mengandungi:

EU-FOUR SET PLUS

 

 Salah satu set penyusuan yang kami turut tawarkan buat ibu mengandung/berpantang adalah Eu-Four Set. 

Thursday, 5 April 2012

Energizing Soy Protein – Vanilla




Energizing Soy Protein – Vanilla
Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi
Kandungan rendah lemak bukan GMO (Genetically Modified Organism) iaitu tidak merubah kandungan genetik organismanya, dan lengkap dengan protein yang mengandungi sembilan asid amino penting ini sesuai untuk seisi keluarga. Bagi setiap satu hidangan Energizing Soy Protein Shaklee memberikan kandungan14 gram soya protein yang diperlukan oleh hati yang sihat.

Wednesday, 4 April 2012

Set B


Set B merupakan salah satu dari produk terlaris kami. Barangkali anda diluar sana tertanya2 apakah yang terkandung di dalam Set B ini. Teruskan membaca ya......




Tuesday, 3 April 2012

Anak anda tidak mahu makan?




"Tak nak, hot dog" Hanya itu sahaja ucapan yang diungkapkan setiap kali si ibu cuba menyua makanan kepada anaknya. Heeee..pengaruh iklan bukan? Tetapi, masalah anak2 tidak mahu makan bukan hanya omongan kosong. Kisah benar tau! :) 


Adalah normal jika anak anda sudah pandai untuk berkata tidak kepada sesuatu. Mereka ini unik! Bahkan mereka boleh berkata tidak kepada sesuatu mereka sukai SEMALAM! Aneh? Itulah cabaran yang harus dihadapi dalam membesarkan anak2. Menolak makanan juga merupakan salah satu daripadanya. Anak2 kecil ini sebenarnya takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Lumrah untuk kita takut kepada sesuatu yang kita tidak tahu. 

Kalau anak kita asyik menolak makanan yang disediakan, jadi dari mana dia akan mendapatkan nutrisi yang sepatutnya. Jadi, kenapa MEALSHAKES? 

  • selera makan si comel bertambah
  • meningkatkan sistem imunisasi anak2
  • jika diserang demam/selsema segera sembuh berbanding biasa
  • mencantikkan struktur kulit
  • menambah kecergasan dan kesihatan
Mari kita lihat testimoni :) 



Lihat, sayur pun boleh juga :))) Lagi testimoni..


Untuk hidangan yang kreatif, campurkan sahaja sesudu MEALSHAKES ini kedalam minuman anak anda (susu). Cuba lihat hasilnya :) 

*untuk konsultasi dan tips, pm saya ya @ ajlaahashim@yahoo.com / 019-9110876

credit to: mommyiskandar.com







Monday, 2 April 2012









I am in love with Ostematrix <3

ewahh..biar betul sampai jatuh cinta ni :)


Manakan tidak kalau anak-anak membesar dengan sihat bukan? :) Kenapa Ostematrix ini bagus?

















Sunday, 1 April 2012

Dari 1oz kepada 4oz?




Assalamualaikum and evening!

       Terpanggil untuk bekongsi berita gembira dengan teman-teman di luar sana. Sewaktu bayi saya masih di dalam kandungan lagi saya telah berhajat untuk menyusukan bayi saya secara ekslusif memandangkan khasiatnya yang tiada tandingan. Alhamdulillah, impian saya hampir menjadi kenyataan setelah melahirkan puteri saya, Marwa, pada 13 Januari 2012. Saya mula menyusukan bayi saya pada hari kedua memandangkan Marwa ditempatkan di NICU kerana komplikasi yang saya hadapi ketika melahirkan.

Selamat Datang ke Milkyummy ! :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

       Selamat datang ke laman blog milkyummy yang pastinya akan memberikan anda informasi-informasi berguna untuk penyusuan bayi yang lebih baik sekaligus menyumbang kepada cara hidup yang lebih baik. Dalam memastikan bayi kita mendapat nutrisi sepenuhnya daripada susu ibu, kita perlulah mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Teruskan pelayaran anda di laman ini untuk mendapatkan yang terbaik untuk anda dan bayi anda ^--^

Set-Set Produk Penyusuan

Shaklee mempunyai pelbagai produk untuk anda dan di bawah ini terdapat beberapa set yang sesuai mengikut kehendak anda. Selamat memilih... :)



Set 1  - Set B
  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © Milkyummy 2013 | All rights reserved | Blog Design by Krafty Palette.